.: TERENGGANU MAYAPADA PELANCONGAN :.

Tuesday, August 31, 2010

SATAR & OTAK-OTAK


RAMADANNASI DAGANGBUDU TERENGGANU
PERKAHWINANKEROPOK LEKORSATAR & OTAK-OTAK
KETUPAT PALASNASI KERABU



Otak-otak


Otak-otak


Otak-otak


Satar


Satar


==========================================

Selain keropok lekor, satar dan otak-otak juga mudah didapati di negeri Terengganu.

Otak-otak dibuat daripada ikan tenggiri dibungkus oleh daun pisang dan dipanggang. Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan.

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang.

Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Satar pula adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Ianya popular di negeri Pantai Timur Semenanjung.

Kebiasaannya, satar diproses dengan menggunakan isi ikan selar kuning, kerisi, gelama dan tenggiri.




0 comments:

Post a Comment


*****

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mengikut fakta dan kajian, Negeri ini terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 . Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Ini adalah serba sedikit info yang dapat saya sampaikan berdasarkan fakta yang benar.

.: TERENGGANU MAYAPADA PELANCONGAN :.


*****

Saya sangat tertarik dengan info yang saya temui berkaitan Geografi Negeri Terengganu, Jom sama-sama kita BACA !!!!

"Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeriTerengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun."

*****

Setiap Negeri di Malaysia mempunyai budaya dan adat yang tersendiri, begitu juga dengan Masyarakat Melayu di Terengganu ini, mereka sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Persembahan Makyong Kelantan dan Wayang Kulit Kelantan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan juga boleh ditemui di Terengganu.


*****

Penemuan minyak dan gas pada tahun 1974 telah membawa perubahan yang sangat drastik dan signifikan terhadap ekonomi, teknologi dan struktur sosial Negeri Terengganu. Pada ketika ini, minyak dan gas dianggarkan akan bertahan selama 13 & 14 tahun.

Terengganu telah menikmati pembangunan yang sangat pesat bersama- sama industrialisasi yang pesat dan aktiviti ekonomi yang bertambah baik. Sebelum ini, aktiviti pertanian dan perikanan merupakan aset atau kegiatan ekonomi utama bagi Negara.

Walaupun begitu, 45% dari tanah yang masih diliputi oleh hutan lebat dan sungai serta rumah tradisional yang bakal diwarisi dari generasi ke generasi.Terengganu telah menyumbang kepada GNP negara. Sebagai destinasi pelancongan, Terengganu sangat sinonim dan kaya dengan penemuan budaya yang kaya dengan eksotis, dan alam flora fauna yang tidak ternilai.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------