.: TERENGGANU MAYAPADA PELANCONGAN :.

Thursday, September 2, 2010

KUIH SAGU


KUIH SAGU



Entri kali ni, Ain nak ceritakan sedikit tentang Kuih Sagu. Kuih sagu ni juga dikenali sebagai kuih bronok. Kuih sagu ini antara kuih-kuih tradisional di malaysia, dan sudah tentunya kuih tradisional masyarakat di negeri Terengganu.





Kuih sagu ini dibuat daripada sagu biji atau lebih dikenali sebagai "sagu mata ikan". Kebiasaannya kuih ini dimakan bersama dengan kelapa parut.




Kuih sagu ini paling mudah untuk dibuat, rasanya juga sangat sedap. Ain sertakan resepi kuih sagu, jom teroka......

150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam


Cara Memasak:-
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut.




0 comments:

Post a Comment


*****

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mengikut fakta dan kajian, Negeri ini terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 . Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Ini adalah serba sedikit info yang dapat saya sampaikan berdasarkan fakta yang benar.

.: TERENGGANU MAYAPADA PELANCONGAN :.


*****

Saya sangat tertarik dengan info yang saya temui berkaitan Geografi Negeri Terengganu, Jom sama-sama kita BACA !!!!

"Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeriTerengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun."

*****

Setiap Negeri di Malaysia mempunyai budaya dan adat yang tersendiri, begitu juga dengan Masyarakat Melayu di Terengganu ini, mereka sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Persembahan Makyong Kelantan dan Wayang Kulit Kelantan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan juga boleh ditemui di Terengganu.


*****

Penemuan minyak dan gas pada tahun 1974 telah membawa perubahan yang sangat drastik dan signifikan terhadap ekonomi, teknologi dan struktur sosial Negeri Terengganu. Pada ketika ini, minyak dan gas dianggarkan akan bertahan selama 13 & 14 tahun.

Terengganu telah menikmati pembangunan yang sangat pesat bersama- sama industrialisasi yang pesat dan aktiviti ekonomi yang bertambah baik. Sebelum ini, aktiviti pertanian dan perikanan merupakan aset atau kegiatan ekonomi utama bagi Negara.

Walaupun begitu, 45% dari tanah yang masih diliputi oleh hutan lebat dan sungai serta rumah tradisional yang bakal diwarisi dari generasi ke generasi.Terengganu telah menyumbang kepada GNP negara. Sebagai destinasi pelancongan, Terengganu sangat sinonim dan kaya dengan penemuan budaya yang kaya dengan eksotis, dan alam flora fauna yang tidak ternilai.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------