PANTAI TANJUNG JARA
Kali ini, Ain nak kongsi berkenaan/ berkaitan Pantai Tanjung Jara.
Pantai Tanjung Jara terletak berhampiran Laut China Selatan. Pantai ini mempunyai pasir halus keemasan yang begitu mempesonakan, anda pasti terpegun apabila melihatnya. Selain itu, anda dapat menyaksikan ketengangan Laut China Selatan, sekiranya anda berada di Pantai Tanjung Jara ini.
Selain merasai ketenangan, anda juga dapat merasakan pengalaman yang indah sebaik melihat matahari terbit serta terbenam. Pada ketika ini, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam suasana ketika itu. Pantai ini juga lokasi menarik untuk seluncur air, menaiki kapal boat, kayak, menyelam dan berbagai olah raga air lainnya. Penyu datang ke kawasan pantai ini sewaktu musim penyu bertelur antara bulan-bulan Mei hingga September.
*****
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mengikut fakta dan kajian, Negeri ini terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 . Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Ini adalah serba sedikit info yang dapat saya sampaikan berdasarkan fakta yang benar.
*****
Saya sangat tertarik dengan info yang saya temui berkaitan Geografi Negeri Terengganu, Jom sama-sama kita BACA !!!!
"Negeri
Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan
Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu,
Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri
Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan
Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun."
*****
Setiap Negeri di Malaysia mempunyai budaya dan adat yang tersendiri, begitu juga dengan Masyarakat Melayu di Terengganu ini, mereka sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Persembahan Makyong Kelantan dan Wayang Kulit Kelantan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan juga boleh ditemui di Terengganu.
*****
Penemuan minyak dan gas pada tahun 1974 telah membawa perubahan yang sangat drastik dan signifikan terhadap ekonomi, teknologi dan struktur sosial Negeri Terengganu. Pada ketika ini, minyak dan gas dianggarkan akan bertahan selama 13 & 14 tahun.
Terengganu telah menikmati pembangunan yang sangat pesat bersama- sama industrialisasi yang pesat dan aktiviti ekonomi yang bertambah baik. Sebelum ini, aktiviti pertanian dan perikanan merupakan aset atau kegiatan ekonomi utama bagi Negara.
Walaupun begitu, 45% dari tanah yang masih diliputi oleh hutan lebat dan sungai serta rumah tradisional yang bakal diwarisi dari generasi ke generasi.Terengganu telah menyumbang kepada GNP negara. Sebagai destinasi pelancongan, Terengganu sangat sinonim dan kaya dengan penemuan budaya yang kaya dengan eksotis, dan alam flora fauna yang tidak ternilai.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment