Saturday, September 18, 2010

LAKSA TERENGGANU

LAKSA TERENGGANU

Ok... bila sebut saja pasal makanan di Terengganu, pasti keropok lekor, ketupat palas terlintas di fikiran anda. Ini adalah kerana makanan tersebut sangat popular di negeri ini. Sungguhpun begitu, Laksa Terengganu juga popular dan mendapat permintaan yang tinggi. Mari kita baca serba sedikit info LAKSA TERENGGANU.



Laksa Terengganu merupakan sejenis sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Terengganu. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.



Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepong (gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah masak, laksa tepong dan kuah mentah, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras dan kuah mentah.



No comments:

Post a Comment