Saturday, September 18, 2010

MINI ZOO KEMAMAN

MINI ZOO KEMAMAN

Kalau anda nak tahu, di Terengganu ni, bukan ada pantai sahaja, tetapi zoo pun ada... Jangan terkejut pula ye...



Mini Zoo Kemaman tetap menjadi destinasi popular semenjak cuti pertengahan penggal persekolahan yang bermla awal Jun lalu. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandar Cukai, zoo itu menawarkan pelbagai tarikan dan pengalaman menyeronokkan pada hujung minggu.





Antara tarikan utama destinasi tersebut termasuklah taman tema air, jambatan gantung, akuarium, melihat kunang-kunang di Sungai Yak Yah dan pelbagai jenis burung. Anda juga boleh menunggang gajah dan menaiki trem mengelilingi kawasan zoo.




Untuk kemudahan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan atau mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, dua buah bas disediakan di destinasi terpilih untuk membawa mereka ke zoo.



No comments:

Post a Comment