Tuesday, September 28, 2010

PURA TANJUNG SABTU

PURA TANJUNG SABTU


Pura Tanjung Sabtu ialah satu unit kompleks kediaman Melayu tradisional yang terletak di luar bandar dengan suasana yang tenang. Mengandungi 150 barang antik dan umur rumah-rumah kayu Melayu yang bertapak disini ialah dalam lingkungan 200 tahun.


Pura Tanjung Sabtu ini dilitupi dengan pokok-pokok yang menghijau laman serta dusun-dusun buluh dan diteduhi oleh pohon rengas. Maksud pura ialah istana manakala maksud Tanjung Sabtu ialah nama kampung dimana ia berada.


Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan disini antaranya memancing, bermain perahu dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh berehat sambil makan buah-buahan segar yang dipetik di dusun-dusun pura sendiri.

No comments:

Post a Comment