Tuesday, July 13, 2010

BUDU

RAMADANNASI DAGANGBUDU TERENGGANU
PERKAHWINANKEROPOK LEKORSATAR & OTAK-OTAK
KETUPAT PALASNASI KERABU


BUDU

SEBUT saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara.

Budu biasanya enak dimakan bersama ulam-ulaman..saya selalunya makan budu yang dicampur dengan asam limau dan bawang.

Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.




No comments:

Post a Comment