Wednesday, July 14, 2010

PASAR PAYANG

AJIL PHEASANT PARKPULAU BIDONGCEMERONG WATERFALL
BATU RAKITLAPANGAN TERBANGPULAU PERHENTIAN
MASJID TERAPUNGPULAU KAPASPASAR PAYANG
TTIPULAU REDANGISTANA MAZIAH


PASAR PAYANG

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang. merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu.

Pasar Payang terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Kedudukan pasar payang yang terletak berhampiran sungai Terengganu , menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung.Kombinasi antara pasar basahnya serta bahagian membeli belah yang menjual pelbagai hasil kraftangan tempatan seperti songket serta kain batik dan pelbagai lagi kraftangan menambah daya penarik kepada pasar ini.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini.






No comments:

Post a Comment