Tuesday, July 13, 2010

PULAU PERHENTIAN

AJIL PHEASANT PARKPULAU BIDONGCEMERONG WATERFALL
BATU RAKITLAPANGAN TERBANGPULAU PERHENTIAN
MASJID TERAPUNGPULAU KAPASPASAR PAYANG
TTIPULAU REDANGISTANA MAZIAH


PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian adalah destinasi yang mesti dan wajib dikunjungi oleh pengunjung.

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.

Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel.

Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.






No comments:

Post a Comment