Tuesday, August 31, 2010

TARIAN SABA

BATIKSILAT GAYUNGKRAF TEMBAGA
SONGKET TERENGGANUMENGKUANG & PANDANUKIRAN KAYU
WAYANG KULITULIK MAYANGTARIAN SABA


TARIAN SABA



Tarian Saba pada suatu masa dahulunya adalah merupakan sebuah tarian pemujaan namun pada hari ini ianya dikatakan hanya semata-mata untuk tujuan kesenian dan sebagai salah satu persembahan hiburan sahaja.

Tarian ritual ini boleh dilihat di Ulu Terengganu, Terengganu. Tarian ini memerlukan bahan seperti pucuk kelapa iaitu Saba yang dijadikan bahan utama, bertih, kemenyan dan berjenis alat yang penuh dengan semangat digunakan dalam tarian ini. Penari-penari akan menari dalam jelmaan binatang-binatang.

Sejarah tarian saba ini bermula lebih 150 tahun yang diasaskan oleh Tok Bomoh Comot yang telah mengajar tarian ini kepada Tengku Yem. Pada ketika itu persembahan tarian saba ini dipersembahkan untuk tujuan perubatan bagi mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan unsur mistik seperti buatan orang, santau dan sebagainya.

Legenda di sebalik tarian saba ini kononnya saba adalah sebatang pohon yang ditanam di taman bunga yang terdapat di atas kayangan. Taman bunga ini menjadi tempat dewa-dewi di kayangan bermain. Tarian ini dipercayai telah wujud di Negeri Terengganu sejak zaman transisi Hindu- Buddha - Islam di Nusantara iaitu sekitar tahun 13 Masihi. Persembahan akan dimulakan dengan jampi serapah, perasap segala alat muzik dan kemudiannya Abang Peduang iaitu penyanyi atau watak utama tarian ini akan menggesek ‘anak umang’.



No comments:

Post a Comment