BATIK | SILAT GAYUNG | KRAF TEMBAGA |
SONGKET TERENGGANU | MENGKUANG & PANDAN | UKIRAN KAYU |
WAYANG KULIT | ULIK MAYANG | TARIAN SABA |
WAYANG KULIT
Ramai yang mengatakan negeri Kelantan cukup sinonim dengan persembahan wayang kulit. Begitu juga di negeri Terengganu, wayang kulit juga menjadi salah satu aktiviti kesenian di negeri tersebut.
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang.
Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu.
Peralatan muzik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah Serunai (utama), Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendombak Ibu, Gedombak Anak, Kesi, Geduk Ibu, Geduk Anak, Canang dan Gong.
Dalang merupakan pemimpin dan tukang cerita dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggerakkan patung yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita seperti Ramayana, Mahabrata dan Panji. Dalang dikenali sebagai tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta memainkan patung wayang kulit.
No comments:
Post a Comment