Thursday, September 16, 2010

KAMPUNG CINA

KAMPUNG CHINA


Kampung Cina atau China Town terletak di tepi muara Kuala Terengganu. Kampung Cina ini merupakan sebatang jalan yang jauhnya kira-kira 150 meter di mana di sebelah kiri dan kanannya terdapat deretan kedai-kedai milik orang cina.


Pemandangan di kawasan ini sangat cantik. Hah, jangan anda tak tahu pula, di kawasan ini terjual juga makanan-makanan halal. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk mencari makanan halal di kawasan ini.



Kampung China ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ianya tertulis di dalam hikayat pelayaran Abdullah Mushi. Menurut Munshi Abdullah ( 1836 ), kampung China telah pun wujud. Pada zaman dahulu rumah-rumah kedai yang terdapat disini kebanyakannya mengadap kesungai kerana pada ketika itu pengangkutan utama adalah sungai.





No comments:

Post a Comment