Thursday, September 16, 2010

PEMBUATAN BOT

PEMBUATAN BOT



Salam, di sini Ain nak kongsi dengan anda semua berkaitan PEMBUATAN BOT. Baru sebentar tadi Ain terbaca satu artikel yang mengisahkan seorang hamba Allah yang begitu mahir dalam pembuatan bot ataupun kapal layar. Jadi di Terengganu ini memang ramai yang mempunyai kemahiran ini. Jom kita bongkar kisah beliau.



Nama hamba Allah itu ialah Abdullah Muda. Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang pembuatan bot dan kapal layar.... hahaaaa.... Ain sediri pun kagum dengan kebolehan beliau. Hah, jangan terkejut sekiranya Ain nyatakan bahawa beliau dihormati dan disegani para pecinta kapal layar sehingga ke luar negara, bahkan nama beliau sering menjadi sebutan sebagai pencipta kapal layar yang mahir.



Beliau memulakan kerjaya dan minat beliau ini sejak tahun 1958. Keistimewaan kapal-kapal layar yang dihasilkan Haji Lah ialah ia diperbuat tanpa menggunakan paku. Sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu.

Elemen itu diutamakan bagi menjamin kualitinya agar lebih tahan lama. Ia juga untuk mengelak kekaratan sehingga mengundang kebocoran pada kapal. Bagaimanapun baginya, ia berbeza dengan pembuatan bot nelayan yang biasanya menggunakan paku. Beliau pernah menghasilkan 12 bot jenis itu untuk kegunaan kaum nelayan di Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.



No comments:

Post a Comment