Saturday, September 18, 2010

LATA BELATAN

LATA BELATAN




Ain nak ceritakan pula berkaitan Lata Belatan. Lata Belatan merupakan Hutan Simpan Kekal. Mana-mana pengunjung yang memasuki kawasan ini atau beraktiviti secara bermalam perlu mendapat kebenaran Pegawai Penguasanya. Terlatak di Kampung Kuala Kubang dan 5km dari jalan utama Jertih - Kuala Terengganu.



Puncak ini juga dipanggil "Puncak Tanduk Singa Bertala". Terdapat dua tapak perkhemahan utama iaitu Taman Ulu dan Taman Hilir. Paling menarik bagi peminat alam semulajadi, puncak tebu dapat dijumpai pokok periuk kera yang sebesar lengan dan terdapat banyak pokok cina maki atau sering dipanggil pokok bonzai.



Di antara aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan disini ialah berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).







No comments:

Post a Comment