Saturday, September 18, 2010

LATA TEMBAKAH

LATA TEMBAKAH


Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Daerah Besut. Hutan lipur ini mempunyai pelbagai flora dan fauna. Spesies pokok-pokok yang utama yang terdapat di sini ialah Meranti dan Keruing. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya air terjun bertingkat-tingkat setinggi 50 m. Di samping air terjun terdapat beberapa buah jeram dan kolam-kolam kecil sesuai untuk bermandi-manda.



Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki .


Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan untuk perkelahan bersama keluarga.



Di sini amat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini tidak pernah sunyi kerana sentiasa dihidupkan dengan kem kesedaran bina insan, jati diri,pengakap, kadet polis dan lain-lain lagi.



Lata Tembakah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat malah mereka yang tinggal di luar kawasan Besut. Jambatan gantung yang disediakan selain air terjun dan batu batan yang cantik sememangnya cukup menyejukkan mata yang memandang.



No comments:

Post a Comment