Saturday, September 18, 2010

PANTAI AIR TAWAR

PANTAI AIR TAWAR


Pantai Air Tawar... Pantai ini sebenarnya popular sejak zaman penjajahan Inggeris lagi, kerana ada kediaman pegawai Inggeris dan rumah pegawai polis.



Pantai Air Tawar ini tidak asing bagu penduduk di negeri ini, ini adalah kerana keindahan pantainya yang begitu mempersonakan. Di sini terdapat kemudahan seperti hotel, chalet, pondok telefon, gerai-gerai makanan, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain.



Kawasan ini kerap menjadi destinasi pilihan untuk menjalankan aktiviti kebudayaan dan sebagainya kerana terdapat kemudahan yang disediakan di kawasan ini, contohnya, astaka.



Antara aktiviti yang dijalankan di pantai-pantai tersebut adalah seperti perkelahan, mandi-manda dan bersiar-siar di persisiran pantai. Kawasan peraginan ini sebenarnya sudah lama wujud dan sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap petang dan hujung minggu ataupun pada musim cuti.



No comments:

Post a Comment