Saturday, September 18, 2010

KOLAM AIR PANAS LA

KOLAM AIR PANAS LA


Kita bercerita pula tentang Kolam Air Panas LA.... hah, kolam ini terletak di pendalaman Hulu Besut, ianya kira-kira 28km dari Bandar Jertih Terengganu. Kolam air panas ini juga dikenali sebagai La Hot Spring. Kawasan ini dibuka pada tahun 1992 sempena pelancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.



Kolam ini, mempunyai kepanasan sekitar 45 ke 49 darjah Celcius. Kolam air panas ini mengandungi sulfur yang merupakan sumber perubatan semula jadi. Kawasan ini memang tersohor sebagai destinasi riadah terutama pada hujung minggu untuk merasai kenikmatan air hangat yang dikatakan boleh mengubat penyakit kulit.



La Hot Spring ini menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi. Terdapat juga beberapa buah chalet untuk penginapan pengunjung.





No comments:

Post a Comment