Sunday, September 26, 2010

SETIU AGRO RESORT

SETIU AGRO RESORT


Terletak 7km dari Bandar Permaisuri ialah Setiu Agro Resort yang popular dengan konsep agro pelancongan yang teratur. Ini ialah usaha-usaha kerajaan negeri untuk mengekalkan persekitaran yang cantik dan pada masa yang sama ingin menarik para pelancong datang ke Terengganu.


Antara aktiviti yang ada disini ialah memancing, berkhemah dan sebagainya. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang telah disediakan untuk para pelancong untuk memberikan keselesaan kepadanya.


Disini terdapat kebun buah-buahan yang dikelilingi hutan hujan tropika yang masih belum diterokai oleh para durjana. Oleh itu, kepada para pelancong anda bolehlah berehat sambil menikmati buah-buahan yang segar serta asli.

No comments:

Post a Comment