Tuesday, September 28, 2010

TOM YAM TERENGGANU

TOM YAM TERENGGANU


Tom Yam Terengganu merupakan antara makanan yang paling popular di kalangan pelancong yang datang kerana rasa tom yam yang dimasak sangat sedap dan menyelerakan sehingga boleh memukau sesiapa yang memakannya.


Bahan-bahan:

  1. ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  2. 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  3. 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  4. 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  5. 2 batang serai (dititik)
  6. 1 sudu besar pes tom yam
  7. 4 helai daun limau purut
  8. 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  9. 3-4 cawan air
  10. garam & perasa
  11. sedikit minyak
  12. sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Akhir sekali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

No comments:

Post a Comment