Wednesday, September 1, 2010

SOTONG CELUP TEPUNG

SOTONG CELUP TEPUNG



Pada entri kali ini, Ain nak ceritakan serba sedikit berkaitan "Sotong Celup Tepung" yang boleh dikatakan agak popular di negeri pantai timur ini. Kalo anda semua nak tahu, ini menu ini menjadi pilihan Ain apabila menjejakkan kaki di negeri Terengganu.







Hah, jom kita baca cara-cara untuk menghasilkan sotong celup tepung ni. Memang amat mudah.


Bahan-bahan:

Sotong goreng tepung

6 ekor sotong di potong-potong

2 sudu makan tepung beras

1 sudu makan tepung jagung

1/2 sudu kecil rempah kari

1 biji telur putih dipukul ringan

1/4 sudu kecil serbuk halia dan bawang putih.

Garam

Minyak menggoreng



Cara Masak:

1.Sotong dibasuh dan toskan airnya. Kemudian lap sehingga kering air sotong dengan tuala bersih.

2. Lumurkan sotong dengan garam.

3. Satukan tepung, serbuk kari, halia dan bawang putih.

4. Celup sotong dalam telur putih dan golekkan dalam tepung.

5. Ulang sekali lagi dengan mencelupkan dalam dan golekkan dengan tepung .(Jika tepung kurang melekat)

6. Selepas itu goreng secara deep frayer sehingga tepung kuning keemasan. Angkat dan toskan.




No comments:

Post a Comment