Thursday, September 2, 2010

KUIH AKOK

KUIH AKOK



Kuih ini dimasak menggunakan pencetak. Terdapat dua jenis kuih akok yang paling popular, iaitu akok berlauk dan akok manis. Akok berlauk biasanya diisi dengan daging, manakala akok manis akan diletakkan manisan gula. Kuih ini secara amnya menggunakan tepung beras dan santan.






Di sini Ain sertakan cara membuat Kuih Akok... Selamat mencuba..

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung (tapi saya guna 70 gm)

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
kuih akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.





No comments:

Post a Comment