Saturday, September 18, 2010

TASIK KENYIR

TASIK KENYIR

Seterusnya, Ain nak berkongsi pula berkaitan Tasik Kenyir..........



Hah, Tasik Kenyir ini memang sangat sinonim dengan aktiviti memancing. Ini adalah kerana Tasik ini menjadi lubuk pelbagai spesies ikan tawar.



Tasik ini juga telah mempopularkan daerah Hulu Terengganu. Mengikut sumber, Tasik buatan manusia yang terbesar di asia tenggara. Terdapat lebih daripada 300 pulau, 20 air terjun, beberapa gua dan berpuluh-puluh jenis ikan yang terdapat di tasik kenyir. disini juga terdapat penempatan orang-orang zaman batu atau penempatan neolitik di gua bewah dan beberapa gua lain. dikatakan tasik kenyir ini mula dibuat pada tahun 1979 dan siap 2-3 tahun selepasnya dan ianya telah menengelamkan beberapa buah kampung dan juga kubur-kubur yang ada di kampung tersebut.



Kelebihan unik dimiliki Tasik Kenyir mendorong Kerajaan Pahang melaksanakan pelbagai projek pembangunan selain menjadikan beberapa pulau jadian sebagai taman burung, taman buah-buahan tradisi, taman orkid selain menaik taraf taman herba sebagai santuari kelah.






No comments:

Post a Comment