Saturday, September 18, 2010

PULAU TENGGOL

PULAU TENGGOL


Pulai Tenggol terletak berdekatan dengan pesisir Pantai Kuala Dungun. Pulau ini tidak terkenal seperti pulau-pulau yang terdapat di negeri ini (Terengganu). Ianya terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyelam skuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat.


Anda boleh menjalankan aktiviti Selaman Skuba dan Snorkeling di Pulau ini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, seaweed, batfish, penyu laut, Napoleon Wrash, clownfish (nemo fish) dan jerung paus.


Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk daratannya yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut – seperti dinding kanvas bagi kehidupan laut – ini yang menyebabkan lokasi ini tidak membosankan dikunjungi penyelam skuba.



Jika anda merancang bermalam di Pulau Tenggol, di sini terdapat sebuah resort iaitu Tenggol Island Resort (nama lama ialah Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar. Ianya terdiri dari chalet-chalet kayu berlatarbelakang hutan tropika. Rujuk website mereka untuk kadar sewa. Peralatan skuba boleh disewa di sini. Di bandar Dungun, terdapat beberapa hotel murah dan sederhana seperti Hotel Sura, Hotel UiTM dan rumah tumpangan Cina, semuanya kurang dari RM100 semalam sebilik. Anda mungkin terpaksa bermalam di sini jika anda sampai lewat petang atau malam.





No comments:

Post a Comment