Tuesday, August 31, 2010

ANYAMAN MENGKUANG & PANDAN

BATIKSILAT GAYUNGKRAF TEMBAGA
SONGKET TERENGGANUMENGKUANG & PANDANUKIRAN KAYU
WAYANG KULITULIK MAYANGTARIAN SABA


ANYAMAN MENKUANG & PANDAN

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan.

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman, Menurut buku Reka tentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja, Anyaman tersebut dipanggil 'TikarRaja' yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila. Dungun. Kampung Ru Renggeh. Kampung Kijing Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.




No comments:

Post a Comment