Tuesday, August 31, 2010

UKIRAN KAYU

BATIKSILAT GAYUNGKRAF TEMBAGA
SONGKET TERENGGANUMENGKUANG & PANDANUKIRAN KAYU
WAYANG KULITULIK MAYANGTARIAN SABA


UKIRAN KAYU

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Di kawasan Dun Wakaf Mempelam, terdapat banyak syarikat atau orang persendirian yang mengusahakan seni ukiran ini. Ianya banyak terdapat di Kampung Losong diaman ianya menjadi pusat pelancongan yang menarik di Terengganu.

Ukiran kayu ialah simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat Melayu.

Jenis Ukiran Kayu Mengukir ialah proses meluakkan kayu dengan menggunakan alat ukir yang dibantu oleh kemahiran tangan.Bentuk ukiran kayu yang lazim dihasilkan oleh pengukir Melayu adalah ukiran dua dimensi dan ukiran tiga dimensi.



Jenis-jenis ukiran seperti:

Ukiran Timbul Tanpa Silat : Gaya teknik ini biasanya terdapat pada dinding, tebar layar, jendela, daun pintu dan perabut.

Ukiran Timbul Bersilat : Hampir sama dengan Ukiran Timbul Silat tetapi berbeza pada silat motif atau corak ukiran.Ukiran teknik ini biasanya terdapat pada dinding, tebar layar, jendela, daun pintu dan perabot.

Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat : Hampir sama dengan Ukiran Timbul Tanpa Silat biasanya terdapat pada kekisi, pagar musang, sekatan ruang, perabut dan cucur atap.


Terdapat 3 gaya dan seni ukiran kayu :

1-Tebuk Separuh
2-Tebuk Terus
3-Tebuk Timbul
4-Alat keperluan penting;

Alat keperluan penting :

1-Gergaji
2-Tukul Besi
3-Ketam
4-Pahat
5-Alat-alat ketukangan
6-Ada 3 bentuk ukiran;

Ada 3 bentuk ukiran :

1-Bujang
2-Lengkap
3-Pemidang


No comments:

Post a Comment