Tuesday, August 31, 2010

SONGKET

BATIKSILAT GAYUNGKRAF TEMBAGA
SONGKET TERENGGANUMENGKUANG & PANDANUKIRAN KAYU
WAYANG KULITULIK MAYANGTARIAN SABA


SONGKET TERENGGANU

Perkataan "songket" berasal dari perkataan Melayu yang bermaksud menyulam dengan benang emas atau perak (menyulam). Songket telah dikenal di Malaysia sejak abad ke 15. Songket mula menjadi popular terutamanya di negeri-negeri Malaysia seperti Terengganu dan Kelantan. Kain-kain songket dibuat daripada benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak.

Corak kain songket lazimnya terdiri daripada susunan bunga penuh, bunga tabur dan susunan bercorak. Motif yang lazim digunakan adalah pucuk rebung, lawi ayam, tampuk manggis, bunga raya dan selak berantai. Corak abstrak dan corak gabungan antara motif tradisional dan motif moden juga mula menjadi pilihan ketika ini.

Songket juga mempunyai bahagian tertentu iaitu kepala, badan, tepi ibu kepala dan tepi kapit kepala. Songket juga boleh diserikan dan dikilatkan semula menggunakan kaedah gerus (melicin dan mengilatkan permukaan songket menggunakan kulit siput gewang) supaya ia lebih tahan lama. Songket tenunan tangan dari Terengganu lebih lembut dan halus berbanding songket buatan mesin yang diimport dari Indonesia, Thailand, India dan Pakistan.

Motif hias songket biasanya berbentuk geometris atau hasil stilisasi dari flora dan fauna, yang masing-masing mempunyai arti perlambangan yang baik. Misalnya bunga cengkeh, bunga tanjung, bunga melati dan bunga mawar yang wangi yang melambangkan kesucian, keanggunan, rezeki dan segala kebaikan. Motif benang emas yang rapat dan mendominasi permukaan kain disebut songket LEPUS, sedangkan yang motif emasnya tersebar disebut songket TABUR.

Pada tepi kain biasa dibuat motif tumpal, segitiga atau segi tiga terputus, yang disebut motif pucuk rebung. Tunas rebung yang tumbuh menjadi batang bambu yang kuat dan lentur, tidak tumbang diterpa angin ini melambangkan harapan yang baik. Kain tiga negeri. Kain ini dari tiga bagian warna yaitu biru, hijau dan merah. Di bagian tepi motif tumpal berwarna merah, di tengahnya kain limar bermotif bunga tabung. Di bagian paling tengah berwarna hijau bermotif bunga bintang berantai.





No comments:

Post a Comment