Monday, August 30, 2010

KRAF TEMBAGA

BATIKSILAT GAYUNGKRAF TEMBAGA
SONGKET TERENGGANUMENGKUANG & PANDANUKIRAN KAYU
WAYANG KULITULIK MAYANGTARIAN SABA


KRAF TEMBAGA

Demi memartabatkan anugerah warisan, barangan tembaga yang telah ditelan dek masa, kini dihidupkan kembali di negeri Terengganu.

Dengan pelbagai ciptaan dan reka bentuk yang dicetus berkat daya kreativiti yang tinggi dan unik sekali gus mampu memukau pelancong dalam negeri dan luar negeri untuk menjadikannya sebagai pilihan tepat bagi koleksi peribadi dan cenderahati korporat. Kesenian tembaga yang merupakan antara seni kraf tangan yang paling awal dan paling lama wujud di negara ini, dipercayai berusia kira-kira 500 tahun.

Barangan tembaga yang dihasilkan rakyat Terengganu amat berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang Iran, Thai dan India. Secara tradisi, barangan tembaganya dihasilkan dengan menggunakan acuan lilin dan tanah liat. Bagaimanapun, SIRIM Berhad negeri Terengganu telah memantapkan lagi proses penghasilan barangan tembaga dengan menggunakan kaedah loss wax atau investment casting.


Barangan diperbuat dengan hanya menggunakan bahan tembaga bermutu tinggi dan dicampur dengan aloi tertentu bagi menghasilkan permukaan yang licin yang boleh melindungi atau melambatkan proses pengoksidaan terhadap barang-barang tersebut.

Kebanyakan barangan tembaga ini disadur sepenuhnya atau sebahagian sahaja bagi mewujudkan keanggunan serta sifat eksklusif bagi pemilik atau penerima barangan ini, lantas menjadikan barangan tembaga suatu pilihan yang tepat sebagai koleksi peribadi bagi menghiasi kediaman atau ruang pejabat anda ataupun sebagai cenderahati korporat.



No comments:

Post a Comment