Monday, August 30, 2010

PERKAHWINAN

RAMADANNASI DAGANGBUDU TERENGGANU
PERKAHWINANKEROPOK LEKORSATAR & OTAK-OTAK
KETUPAT PALASNASI KERABU


PERKAHWINAN

Kesemua rakyat di negara ini, merasai waktu dan alam perkahwinan, termasuk masyarakat di negeri Terengganu. Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan diambil berat sepenuhnya.

Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majlis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya.

Mengikut adat silam dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.


No comments:

Post a Comment