Tuesday, August 31, 2010

KEROPOK LEKOR

RAMADANNASI DAGANGBUDU TERENGGANU
PERKAHWINANKEROPOK LEKORSATAR & OTAK-OTAK
KETUPAT PALASNASI KERABU


KEROPOK LEKOR

Bila sebut tentang Keropok lekor, boleh dikatakan semua rakyat di Malaysia mengenalinya. Ini adalah kerana keenakan dan keunikan makanan tersebut.

Jadi, sekiranya anda mengunjungi negeri Terengganu, anda dapat lihat sendiri deretan kedai yang mengusahakan perniagaan keropok lekor, ini memudahkan kita mendapatkannya di negeri tersebut. Keasliannya juga amat berbeza berbanding dengan keropok lekor di luar kawasan negeri Terengganu.

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk kecuali keropok lekor yang menggunakan campuran sagu.







No comments:

Post a Comment