Saturday, September 18, 2010

GUA BEWAH

GUA BEWAH



Ok, sekarang kita singkap info berkaitan Gua Bewah.......... Lokasi Gua Bewah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Perkataan Bewah ini mempunyai makna yang tersendiri, iaitu aktiviti kenduri-kendara.


Terdapat panggilan lain untuk Gua Bewah, iaitu Gua Tahi Kelawar. Gua Bewah terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Kawasan gua ini dijangka menjadi tempat penempatan awal orang-orang pra sejarah. Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi.



Tanjung Bewah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap dengan tandas, pondok wakaf dan barbeque. Ramai pemancing mengunjungi Gua Bewah. Ain terbaca berita mengenai penemuaan rangka manusia di Gua ini. Berita menyebut, "rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun. Rangka prasejarah itu ditemui pada kedalaman 65cm hingga 70cm yang disemadikan dalam keadaan merengkok".







No comments:

Post a Comment