Saturday, September 18, 2010

PANTAI KEMASIK

PANTAI KEMASIK


Pernahkah anda menjejakkan kaki di Pantai Kemasik? Pada pandangan Ain, sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di sana, pastinya akan berpuas hati, terutamanya bagi penggemar fotografi. Ini adalah kerana setiap sudut di Pantai tersebut sangat menarik.....



Terletak berhampiran pekan Kemasik, pantai ini sering menjadi tumpuan pengguna kenderaan yang dalam perjalanan antara Kuantan dan Kuala Terengganu. Bila bercakap tentang Pantai ini, banyak yang boleh kita terokai.



Anda pastinya teruja melihat persisiran pantainya yang panjang dengan bukit batu berhampiran gigi air menjadikannya kelihatan seperti berada di pulau peranginan. Pantainya juga agak unik dengan dua kawasan teluk dan agak landai sesuai dijadikan latar pemandangan untuk sesi fotografi.



Anda boleh meluangkan masa untuk memanjat bukit berbatu atau bermain layang-layang. Ada beberapa gerai makanan berhampiran menjual keropok ikan dan makanan tempatan.








No comments:

Post a Comment